Sinopsis Wiwied Kazao

Kebanyakan gelagat lucu di dalam siri ini disebabkan oleh penggunaan bahasa Shin-chan yang salah dan kadang-kadang dianggap agak janggal, serta perangainya yang nakal. Lawak-lawak sebegini mungkin sukar diterjemah untuk pembaca dan penonton yang tidak berbahasa Jepun, maka para penterjemah di serata dunia terpaksa menulis lawak sendiri untuk mengatasi masalah ini. Shin-chan sering mempermainkan dan mempersenda ibu bapanya dengan kesilapannya menggunakan perkataan yang betul.

Jalan-jalan cerita yang digambarkan di dalam anime Shin-chan berdasarkan cerita yang di dalam komiknya. Rancangan anime ini telah mendapat kontroversi yang dicetuskan oleh ibu bapa yang bimbang bahawa watak utama, iaitu Shin-chan, menjadi contoh yang tidak baik untuk penonton-penonton kecil. Shin-chan sering dibandingkan dengan Bart Simpson dalam sitkom animasi barat The Simpsons, tetapi kedua-dua watak animasi ini jauh berbeza. Contohnya, Bart lebih tua dan nampaknya lebih sengaja berbuat nakal berbanding Shin-chan yang kenakalannya cuma disebabkan ketidakendahannya untuk berkelakuan baik sesuai dengan umurnya.

Punca kontroversi siri Krayon Shin-chan adalah sikap watak utamanya yang adakala mendedahkan alat kemaluan dan punggungnya di depan ibu bapanya, kawan-kawannya malah di khalayak umum, tanpa secebis rasa malu.